'Dari' digunakan untuk:
Masa
Arah
Tempat
'Daripada' digunakan untuk
Bandingan
Orang
Sumber .
Contoh-contoh menggunakan 'Dari' .
Masa : Aku telah menunggu untuk Syahidah dari pukul 8 pagi hingga 10 malam dan dia masih belum tiba-tiba lagi .
Tempat : Perjalan dari Punggol ke Sengkang dengan menaiki kereta api mengambil masa 10 minit .
Arah : Pusing badan kamu dari kiri ke kanan .
Contoh-contoh menggunakan 'Daripada' .
Bandingan : Puan Ida lebih gemuk daripada Puan Rosita .
Orang : Saya menerima sebuah surat daripada rakan baik saya , Diyanah, yang sedang menetap di Australia .
Sumber : Beg yang baru dibeli oleh Rasyidah diperbuat daripada kulit buaya .