Kami menaiki pesawat Singapore Airlines, kerana bapa saya bekerja di syarikat itu dan setiap tahun dia akan mendapat tiket percuma bagi keluarga kami untuk melancong. Saya berasa amat ghairah dan tidak sabar dan saya juga berharap agar dapat bertemu dengan idola Korea saya, INFINITE, sewaktu berada di situ. Kami berangkat ke Korea pada pukul 6 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Incheon pada pukul 5 petang. Lapangan terbang mereka agak serupa dengan Singapura, ia sangat bersih, namun, ia dua kali ganda lebih besar daripada Lapangan Terbang Changi di Singapura. Kami menghadapi masa yang sukar untuk mencari teksi di situ, dan nasib baik penduduk-penduduk Korea dapat berbahasa Inggeris. Kami mendapat teksi dengan mudah untuk ke hotel kami. Cuaca di Korea juga amat baik. Ia tidak sepanas seperti di Singapura. Udara di sana sangat segar dan nyaman sekali.
Setiba di hotel, saya berasa amat gembira. Hotel kami bernama 'Western Korean Hotel', dan ia sangat bersih dan selesa. Kami harus menunggu selama setengah jam sebelum dapat masuk ke bilik hotel kami. Oleh kerana berasa keletihan setelah berjam-jam menaiki kapal terbang, kami bercadang untuk berehat di bilik hotel sehingga waktu malam. Saya terpegun dengan alat-alat memasak dan ketuhar yang disediakan oleh hotel tersebut. Betul-betul seperti rumah saya sendiri! Pada pukul 8 malam, kami pun keluar untuk berjalan-jalan buat sementara dan mencari restoran halal.
Pada keesokan harinya, kami telah belajar menaiki sistem pengangkutan di Korea khusus sekali kereta apinya. Ternyata, stesen-stesen kereta api mereka terlalu banyak sekali, dan kadang kala kami telah tersesat jalan. Tiba-tiba, adik saya mula mengamuk lalu menangis. Mungkin kerana dia kepenatan setelah terlalu lama berjalan-jalan. Tangisan adik saya yang sangat kuat itu menarik perhatian seorang jejaka Korea yang mendekati kami. Beliau bertanya jika adik saya berasa tidak sihat. Saya terkejut dengan keprihatinannya. Memang terang dia adalah seorang yang baik hati. Bukan itu sahaja, apabila kami hendak menaiki bas, pemandu bas akan menolong ibu saya mengangkat barangan-barangan yang sangat berat. Saya amat kagum dengan budi bahasa mereka. Orang-orang sebegini jarang dijumpai di Singapura.
Yang paling saya gemari sepanjang lawatan saya ke Korea Selatan adalah sewaktu menaiki 'roller coaster' yang paling tinggi dan popular di Korea. Walaupun saya takut dengan ketinggian, saya mencabar diri saya untuk mencuba 'roller coaster' itu yang setinggi empat belas tingkat. Saya menaikinya bersama dengan bapa saya dan sepupu saya. Saya berasa sangat gementar dan takut. Namun, ia berakhir dengan cepat sekali. Setelah itu saya berasa bangga akan diri saya. Kami pun pergi mencuba permainan-permainan yang lain di Lotte World, sebuah taman tema permainan yang terkenal di Korea Selatan.
Pada malam itu, kami sekeluarga bercadang untuk ke 'Building 63', sebuah bangunan yang setinggi 63 tingkat. Kami diberitahu bahawa pemandangan dari bangunan itu amat cantik, terutama pada waktu malam. Memang benar, pemandangan dari tingkat 63 itu sangat indah sekali. Saya dapat melihat beberapa buah bandar di Korea dari atas. Sungguh menarik.
Pusat-pusat membeli-belah di Korea adalah kegemaran ibu saya yang suka berbelanja. Baju-baju meraka sangat cantik dan unik. Ibu tidak dapat henti berbelanja setibanya di sana. Kasihan bapa saya kerana dia harus mengeluarkan banyak duit untuk perbelanjaan kami yang tidak habis-habisan.
Secara keseluruhannya, pelancongan saya ke Korea Selatan amat menyeronokkan. Jika diberi peluang, saya ingin pergi ke sana sekali lagi. Terlalu banyak tempat yang saya belum pergi. Saya sudah jatuh cinta dengan Korea Selatan. Saranghaeyo sehingga kita bertemu lagi...