Rabu, 28 Mac 2012

Bagaimana Untuk Menulis Surat Formal

Anda perlu mengingat (TTTNNNPPPP) yang terdiri daripada :

1. Tarikh
2.Nama pengirim
3. Nama penerima
4. Tajuk surat
5. Nama pengadap
6. Perenggan pertama -> 1 hingga 2 ayat (Tujuan menulis)
7. Perenggan kedua -> Isi pengenalan masalah
8. Perenggan ketiga -> Isi surat dan huraian dan contoh
9.  Penutup surat
10. Tandatangan

Anda harus menulis semua ini di dalam surat anda . Jika anda mempunyai alamat rumah pengirim dan penerima , anda boleh menulis almat-alamat mereka di bawah nama - nama mereka masing-masing .


Contoh :


28 mac 2012


Siti binte ahmad
Blk 332 hougang ave 4
# 08-08
Singapura 456789


Pegawai Perhubungan awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Setelah itu , tulis tajuk surat itu supaya penerima dapat tahu apakah tujuan surat anda .

Contoh :

Subj : Kekotoran dalam MRT

Kemdian , anda boleh menulis kata-kata pengadap seperti , 'Tuan' , 'Puan' , atau anda boleh menggunakan nama penerima anda .

Contoh :

Tuan/Puan ,

Setelah itu anda boleh mula menulis surat anda . Pertama sekali , anda harus menulis dahulu tujuan surat anda di perenggan pertama .

Kemudian , anda boleh menulis Isi surat anda . Setelah selesai dengan isinya . Anda harus menutup surat itu dengan pendapat anda atau perasaan anda tentang perihal yang telah ditulis di dalam surat itu .

Kemudian , anda harus tandatangan surat itu .

Contoh :


Sekian , terima kasih
( tandatangan)
Siti Binte Ahmad

Sekarang , anda sudah selesai menulis surat formal .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan