Rabu, 29 Ogos 2012
VIDEO KEGEMARAN SAYA(:
Sabtu, 11 Ogos 2012
Berjalan-jalan bersama Ibu !(:
Hihi ! Sabrina di siniii :D Semalam Sabrina tak sempat nak update blog sebab terlalu sibuk sangat ! Sabrina dan Ibu sabrina telah pergi membeli-belah di tampines dan pasir ris ! Sabrina hendak membeli kasut hari raya dan juga aksesori untuk raya . Ibu pula hendak berjalan-jalan kerana berasa bosan duduk di rumah . Kami pergi ke tampines dahulu dab berjalan-jalan di situ . Setelah puas bersiar-siar , kami mendapati bahawa ia baru sahaja pukul 3 petang dan masih siang lagi ! Jadi , Ibu cadangkan untuk pergi ke pasir-ris , kerana di situ terdapat lebih banyak kedai-kedai yang menjual barang di harga yang berpatutan (: Sabrina pun membeli kasut raya sabrina yang berwarna putih di Bata . Selain daripada itu , sabrina juga dapat membeli aksesori yang diinginkan (: setelah itu , sabrina dan Ibu pun pulang . Kami sampai di rumah dalam pukul 6 petang . Tanpa berlengah , Ibu bersiap sedia untuk menyiapkan juadah-juadah berbuka puasa . (:
Khamis, 9 Ogos 2012
SELAMAT HARI JADI , SINGAPURA !:D
Hi semua !(: hari ini adalah 9 ogos , hari lahir singapura , negaraku <3 malangya , sabrina tidak dapat pergi menonton NDP secara langsung di marina :( Tsk tsk tsk . Tetapi tidak mengapa , kerana Sabrina telah seronok pergi berjalan-jalan di luar bersama dengan keluarga ! Kami telah pergi ke Geylang , untuk membeli baju kurung . Warna baju kurung sabrina untuk tahun ini adalah merah jambu dan oren ! Selain daripada itu , Sabrina pun telah membeli banyak makanan untuk buka (: Makanan-makanan yang diual di geylang amat sedap-sedap belaka . Setelah pergi ke Geylang , kami pergi ke GIANT , untuk membeli kuih hari raya kerana mereka sedang mengadakan promosi ! Sabrina tidak sabar , kerana hari raya akan datang tidak lama lagi , dalam masa seminggu (: Cepatnya masa berlalu . Setelah membeli-belah , kami pun pulang ke rumah . Di rumah , sabrina dan keluarga menonton NDP secara langsung di rumah . Wah , amat seronoknya sambutan hari kebangsaan kita ! Sabrina amat bangga menjadi warga Singapura , terutama sekali apabila melihat penduduk-penduduk singapura menyanyikan lagu kebangsaan kita bersama-sama dengan penuh bangga (: Dahlah , sudah lewat . Sabrina mahu tidur . Selamat malam !(:
Langgan:
Catatan (Atom)