Khamis, 9 Ogos 2012
SELAMAT HARI JADI , SINGAPURA !:D
Hi semua !(: hari ini adalah 9 ogos , hari lahir singapura , negaraku <3 malangya , sabrina tidak dapat pergi menonton NDP secara langsung di marina :( Tsk tsk tsk . Tetapi tidak mengapa , kerana Sabrina telah seronok pergi berjalan-jalan di luar bersama dengan keluarga ! Kami telah pergi ke Geylang , untuk membeli baju kurung . Warna baju kurung sabrina untuk tahun ini adalah merah jambu dan oren ! Selain daripada itu , Sabrina pun telah membeli banyak makanan untuk buka (: Makanan-makanan yang diual di geylang amat sedap-sedap belaka . Setelah pergi ke Geylang , kami pergi ke GIANT , untuk membeli kuih hari raya kerana mereka sedang mengadakan promosi ! Sabrina tidak sabar , kerana hari raya akan datang tidak lama lagi , dalam masa seminggu (: Cepatnya masa berlalu . Setelah membeli-belah , kami pun pulang ke rumah . Di rumah , sabrina dan keluarga menonton NDP secara langsung di rumah . Wah , amat seronoknya sambutan hari kebangsaan kita ! Sabrina amat bangga menjadi warga Singapura , terutama sekali apabila melihat penduduk-penduduk singapura menyanyikan lagu kebangsaan kita bersama-sama dengan penuh bangga (: Dahlah , sudah lewat . Sabrina mahu tidur . Selamat malam !(:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan