Tahun ini akan akhir tidak lama lagi. Sungguh cepatnya masa berlalu. saya masih tidak bolerh percaya yang tahun 2012 akan tamat dan saya akan menjadi menengah 2 tidak lama lagi. Terdapat banyak kenangan manis dan pahit selama setahun berada di sekolah menengah xinmin. Saya telah melibatkan diri saya dalam pelbagai acara dan persembahan yang telah membuat saya mengenali ramai kawan baru bukan sahaja dari sekolah saya,tetapi dari sekolah lain juga. Contohnya, baru-baru ini, saya terlibat dalam sebuah muzikal yang dipersembahkan oleh sekolah-sekolah lain. Muzikal ini telah memberi saya peluang untuk mendapat ramai kenalan baru. Ia juga dapat mengeratkan lagi persahabatan saya dengan 'senior-senior' saya. Kami telah menjadi sangat rapat oleh kerana muzikal ini. Gambar-gambar seterusnya telah dipetik oleh muzikal tersebut(:
Selain daripada muzikal, saya juga terlibat dalam sebuah persembahan tarian yang dipersembahkan oleh budak melayu xinmin . Ini adalah acara pertama yang saya terlibat semenjak saya memasuki xinmin. Saya telah mendapat ramai kenalan oleh kerana acara ini. Saya juga telah mengenali senior-senior saya yang menengah 3,4 dan 5 dari ini. Acara tersebut dinamakan 'XINTHESIS'. Selain daripada tarian, terdapat juga persembahan dikir barat yang terdiri kebanyakan daripada lelaki-lelaki melayu xinmin.
Acara-acara ini yang telah membuat saya bangga akan xinmin . Kenangan-kenangan manis yang telah kami buat sangat terindah dan tidak pernah akan saya lupakan. Saya sayaaaaang xinmin ye :P
Syabas Sabrina, kerana suka pengalaman selama setahun dalam Menengah 1.. Saya juga gembira mendapat awak sebagai pelajar... teruskan mencintai bahasa ibunda kita..
BalasPadam