Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negara 5 Menara

BAPA

Watak kegemaraan saya ialah Bapa Alif yang seorang lelaki penyabar dan baik hati. Saya terharu apabila dia sentiasa memberi sokongan kepada anaknya. Kepada saya, bapanya ialah seorang yang patut dicontohi ramai. Dia memberi banyak nasihat dan tidak pernah memarahi anaknya. Jika diberi peluang saya ingin mendapat bapa Alif sebagai Guru saya kerana dia dapat mendidik saya dengan baik. Saya akan berasa sangat selesa dengannya. 

Dia juga menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya, dan ini jarang dilakukan oleh bapa-bapa kerana mereka selalunya tidak meluahkan perasaan dan emosi-emosi mereka. Bapa Alif dapat memainkan peranannya sebagai seorang ayah dan dia juga terasa seperti seorang ibu.   

1 ulasan:

  1. Ia memang benar. Saya setuju kerana tanggungjawab seorang bapa adalah untuk menyayangi anak mereka dan memberi anaknya yang terbaik. SAYABAS!

    -Kbye

    BalasPadam