Rabu, 25 April 2012

Penggunaan 'Dari' dan 'Daripada ' .

'Dari' digunakan untuk:
 Masa
 Arah
 Tempat

'Daripada' digunakan untuk
 Bandingan
 Orang  
 Sumber .

Contoh-contoh menggunakan 'Dari' .

Masa : Aku telah menunggu untuk Syahidah dari pukul 8 pagi hingga 10 malam dan dia masih belum tiba-tiba lagi .

Tempat : Perjalan dari Punggol ke Sengkang dengan menaiki kereta api mengambil masa  10 minit .

Arah :  Pusing badan kamu dari kiri ke kanan .

Contoh-contoh menggunakan 'Daripada' .

Bandingan : Puan Ida lebih gemuk daripada Puan Rosita .

Orang : Saya menerima sebuah surat daripada rakan baik saya , Diyanah, yang sedang menetap di Australia .

Sumber : Beg yang baru dibeli oleh Rasyidah diperbuat daripada kulit buaya .




Rabu, 28 Mac 2012

Bagaimana Untuk Menulis Surat Formal

Anda perlu mengingat (TTTNNNPPPP) yang terdiri daripada :

1. Tarikh
2.Nama pengirim
3. Nama penerima
4. Tajuk surat
5. Nama pengadap
6. Perenggan pertama -> 1 hingga 2 ayat (Tujuan menulis)
7. Perenggan kedua -> Isi pengenalan masalah
8. Perenggan ketiga -> Isi surat dan huraian dan contoh
9.  Penutup surat
10. Tandatangan

Anda harus menulis semua ini di dalam surat anda . Jika anda mempunyai alamat rumah pengirim dan penerima , anda boleh menulis almat-alamat mereka di bawah nama - nama mereka masing-masing .


Contoh :


28 mac 2012


Siti binte ahmad
Blk 332 hougang ave 4
# 08-08
Singapura 456789


Pegawai Perhubungan awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Setelah itu , tulis tajuk surat itu supaya penerima dapat tahu apakah tujuan surat anda .

Contoh :

Subj : Kekotoran dalam MRT

Kemdian , anda boleh menulis kata-kata pengadap seperti , 'Tuan' , 'Puan' , atau anda boleh menggunakan nama penerima anda .

Contoh :

Tuan/Puan ,

Setelah itu anda boleh mula menulis surat anda . Pertama sekali , anda harus menulis dahulu tujuan surat anda di perenggan pertama .

Kemudian , anda boleh menulis Isi surat anda . Setelah selesai dengan isinya . Anda harus menutup surat itu dengan pendapat anda atau perasaan anda tentang perihal yang telah ditulis di dalam surat itu .

Kemudian , anda harus tandatangan surat itu .

Contoh :


Sekian , terima kasih
( tandatangan)
Siti Binte Ahmad

Sekarang , anda sudah selesai menulis surat formal .

Rabu, 29 Februari 2012

Apakah beza 'ialah' dan 'adalah' ?

'Ialah' digunakan apabila perkataan itu diikuti oleh definisi .

'Adalah' digunakan apabila perkataan itu diikuti oleh penerangan .

Contoh 'ialah' di dalam ayat :
-Gitar ialah sebuah alat muzik yang dicipta di Sepanyol .
-Kereta ialah sebuah kenderaan yang digunakan di jalan raya .
- Komputer ialah sebuah alat yang digunakan untuk mencari informasi .

Contoh 'adalah' di dalam ayat :
-Singa adalah haiwan yang melambang negara kita .
-Sekolah adalah tempat untuk mencari ilmu .
-Nabi adalah pesuruh Allah .

Isnin, 20 Februari 2012

Mengapa Saya Memilih Tajuk Blog Saya

Saya memilih tajuk blog saya kerana ia sangat unik dan sedap untuk dikatakan :) Ia juga dapat menarik perhatian ramai orang untuk melihat blog saya .

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu ?

Saya berasa hairan kenapa saya harus membuat sebuah blog bahasa melayu . Puan Ida , guru bahasa melayu kami telah menerangkan bahawa blog ini akan digunakan sebagai sebuah 'diari' di mana kami harus menulis tentang topik-topik melayu yang telah dipelajari di sekolah supaya apabila kami menengah empat nanti , kami boleh pergi ke lelaman blog kami semula dan mengulangkaji pelajaran kami bermula daripada topik-topik menengah satu . Dengan cara ini , kami tidak perlu risau jika kami lupakan topik-topik melayu tersebut :) Saya gemar pergi ke kelas bahasa melayu kerana kelas bahasa melayu saya amat meriah dengan rakan-rakan sekelas bahasa melayu saya . Guru kami juga amat peramah dan kelakar , dan sentiasa cuba untuk menjadikan kelas bahasa melayu kami menarik dan tidak membosankan .