Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negara 5 Menara

BAPA

Watak kegemaraan saya ialah Bapa Alif yang seorang lelaki penyabar dan baik hati. Saya terharu apabila dia sentiasa memberi sokongan kepada anaknya. Kepada saya, bapanya ialah seorang yang patut dicontohi ramai. Dia memberi banyak nasihat dan tidak pernah memarahi anaknya. Jika diberi peluang saya ingin mendapat bapa Alif sebagai Guru saya kerana dia dapat mendidik saya dengan baik. Saya akan berasa sangat selesa dengannya. 

Dia juga menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya, dan ini jarang dilakukan oleh bapa-bapa kerana mereka selalunya tidak meluahkan perasaan dan emosi-emosi mereka. Bapa Alif dapat memainkan peranannya sebagai seorang ayah dan dia juga terasa seperti seorang ibu.   

Isnin, 22 Julai 2013

Lawatan saya ke Korea

Pada dua tahun yang lalu, saya sekeluarga dan juga seorang kakak saudara telah pergi ke Korea Selatan, Seoul, untuk percutian akhir tahun kami. Ibu dan saya amat meminati K-POP, sebuah genre muzik yang berasal dari Korea. Kami juga meminati budaya unik dan makanan mereka yang sedap, sebab itulah kami amat teringin pergi ke negara ini. Kami juga banyak menonton dokumentari mengenai Korea, dan mendapati bahawa terdapat banyak tempat menarik dan indah di situ. Kami telah bercuti di sana selama 5 hari 4 malam.

Kami menaiki pesawat Singapore Airlines, kerana bapa saya bekerja di syarikat itu dan setiap tahun dia akan mendapat tiket percuma bagi keluarga kami untuk melancong. Saya berasa amat ghairah dan tidak sabar dan saya juga berharap agar dapat bertemu dengan idola Korea saya, INFINITE, sewaktu berada di situ. Kami berangkat ke Korea pada pukul 6 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Incheon pada pukul 5 petang. Lapangan terbang mereka agak serupa dengan Singapura, ia sangat bersih, namun, ia dua kali ganda lebih besar daripada Lapangan Terbang Changi di Singapura. Kami menghadapi masa yang sukar untuk mencari teksi di situ, dan nasib baik penduduk-penduduk Korea dapat berbahasa Inggeris. Kami mendapat  teksi dengan mudah untuk ke hotel kami. Cuaca di Korea juga amat baik. Ia tidak sepanas seperti di Singapura. Udara di sana sangat segar dan nyaman sekali.

Setiba di hotel, saya berasa amat gembira. Hotel kami bernama 'Western Korean Hotel', dan ia sangat bersih dan selesa. Kami harus menunggu selama setengah jam sebelum dapat masuk ke bilik hotel kami. Oleh kerana berasa keletihan setelah berjam-jam menaiki kapal terbang, kami bercadang untuk berehat di bilik hotel sehingga waktu malam. Saya terpegun dengan alat-alat memasak dan ketuhar yang disediakan oleh hotel tersebut. Betul-betul seperti rumah saya sendiri! Pada pukul 8 malam, kami pun keluar untuk berjalan-jalan buat sementara dan mencari restoran halal.

Pada keesokan harinya, kami telah belajar menaiki sistem pengangkutan di Korea khusus sekali kereta apinya. Ternyata, stesen-stesen kereta api mereka terlalu banyak sekali, dan kadang kala kami telah tersesat jalan. Tiba-tiba, adik saya mula mengamuk lalu menangis. Mungkin kerana dia kepenatan setelah terlalu lama berjalan-jalan. Tangisan adik saya yang sangat kuat itu menarik perhatian seorang jejaka Korea yang mendekati kami. Beliau bertanya jika adik saya berasa tidak sihat. Saya terkejut dengan keprihatinannya. Memang terang dia adalah seorang yang baik hati. Bukan itu sahaja, apabila kami hendak menaiki bas, pemandu bas akan menolong ibu saya mengangkat barangan-barangan yang sangat berat. Saya amat kagum dengan budi bahasa mereka. Orang-orang sebegini jarang dijumpai di Singapura.

Yang paling saya gemari sepanjang lawatan saya ke Korea Selatan adalah sewaktu menaiki 'roller coaster' yang paling tinggi dan popular di Korea. Walaupun saya takut dengan ketinggian, saya mencabar diri saya untuk mencuba 'roller coaster' itu yang setinggi empat belas tingkat. Saya menaikinya bersama dengan bapa saya dan sepupu saya. Saya berasa sangat gementar dan takut. Namun, ia berakhir dengan cepat sekali. Setelah itu saya berasa bangga akan diri saya. Kami pun pergi mencuba permainan-permainan yang lain di Lotte World, sebuah taman tema permainan yang terkenal di Korea Selatan.

Pada malam itu, kami sekeluarga bercadang untuk ke 'Building 63', sebuah bangunan yang setinggi 63 tingkat. Kami diberitahu bahawa pemandangan dari bangunan itu amat cantik, terutama pada waktu malam. Memang benar, pemandangan dari tingkat 63 itu sangat indah sekali. Saya dapat melihat beberapa buah bandar di Korea dari atas. Sungguh menarik.

Pusat-pusat membeli-belah di Korea adalah kegemaran ibu saya yang suka berbelanja. Baju-baju meraka sangat cantik dan unik. Ibu tidak dapat henti berbelanja setibanya di sana. Kasihan bapa saya kerana dia harus mengeluarkan banyak duit untuk perbelanjaan kami yang tidak habis-habisan.

Secara keseluruhannya, pelancongan saya ke Korea Selatan amat menyeronokkan. Jika diberi peluang, saya ingin pergi ke sana sekali lagi. Terlalu banyak tempat yang saya belum pergi. Saya sudah jatuh cinta dengan Korea Selatan. Saranghaeyo sehingga kita bertemu lagi...









 

Khamis, 25 Oktober 2012

Pengalaman Selama Setahun dalam menengah 1 Ekpres

Tahun ini akan akhir tidak lama lagi. Sungguh cepatnya masa berlalu. saya masih tidak bolerh percaya yang tahun 2012 akan tamat dan saya akan menjadi menengah 2 tidak lama lagi. Terdapat banyak kenangan manis dan pahit selama setahun berada di sekolah menengah xinmin. Saya telah melibatkan diri saya dalam pelbagai acara dan persembahan yang telah membuat saya mengenali ramai kawan baru bukan sahaja dari sekolah saya,tetapi dari sekolah lain juga. Contohnya, baru-baru ini, saya terlibat dalam sebuah muzikal yang dipersembahkan oleh sekolah-sekolah lain. Muzikal ini telah memberi saya peluang untuk mendapat ramai kenalan baru. Ia juga dapat mengeratkan lagi persahabatan saya dengan 'senior-senior' saya. Kami telah menjadi sangat rapat oleh kerana muzikal ini. Gambar-gambar seterusnya telah dipetik oleh muzikal tersebut(:



Selain daripada muzikal, saya juga terlibat dalam sebuah persembahan tarian yang dipersembahkan oleh budak melayu xinmin . Ini adalah acara pertama yang saya terlibat semenjak saya memasuki xinmin. Saya telah mendapat ramai kenalan oleh kerana acara ini. Saya juga telah mengenali senior-senior saya yang menengah 3,4 dan 5 dari ini. Acara tersebut dinamakan 'XINTHESIS'. Selain daripada tarian, terdapat juga persembahan dikir barat yang terdiri kebanyakan daripada lelaki-lelaki melayu xinmin.







Acara-acara ini yang telah membuat saya bangga akan xinmin . Kenangan-kenangan manis yang telah kami buat sangat terindah dan tidak pernah akan saya lupakan. Saya sayaaaaang xinmin ye :P



Selasa, 25 September 2012

Format Surat Rasmi

Peperiksaan akhir tahun akan  datang tidak lama lagi. Kami telah disuruh oleh Cikgu untuk menulis format surat rasmi.

Format Surat Rasmi

Kepada : (Nama penghantar )

(Alamat)
Contoh : Blok 299 Punggol Central Avenue 5
              #03-459

Daripada : ( Nama pengirim)

(Alamat)

(Subjek)



Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Nama saya....... Tujuan saya menulis surat ini adalah.......Saya rasa bahawa tindakan ini patut dilakukan kerana.....Ini adalah saranan-sranan yang saya sarankan kepada anda....

Saranan yang pertama,................


Saranan yang kedua,...........................


Saranan yang ketiga, ......................


Saya harap dengan saranan-saranan ini , keadaan dapat diperbaiki. saya juga harap anda boleh menggunakan saranan-sranan yang saya telah berikan. Terima kasih.


Sekian,
(Nama Pengirim)









Rabu, 29 Ogos 2012

VIDEO KEGEMARAN SAYA(:

Hi (: ini adalah video kegemaran saya kerana ia menceritakan tentang kehidupan anak-anak yatim dan juga orang - orang yang cacat . saya hampir-hampir nangis apabila melihat video ini kerana saya berasa amat kesian dan sedih untuk anak-anak seperti ini . Ia juga mengajar saya untuk berterima kasih dengan apa yang saya sudah ada .  

Sabtu, 11 Ogos 2012

Berjalan-jalan bersama Ibu !(:

Hihi ! Sabrina di siniii :D Semalam Sabrina tak sempat nak update blog sebab terlalu sibuk sangat ! Sabrina dan Ibu sabrina telah pergi membeli-belah di tampines dan pasir ris ! Sabrina hendak membeli kasut hari raya dan juga aksesori untuk raya . Ibu pula hendak berjalan-jalan kerana berasa bosan duduk di rumah . Kami pergi ke tampines dahulu dab berjalan-jalan di situ . Setelah puas bersiar-siar , kami mendapati bahawa ia baru sahaja pukul 3 petang dan masih siang lagi ! Jadi , Ibu cadangkan untuk pergi ke pasir-ris , kerana di situ terdapat lebih banyak kedai-kedai yang menjual barang di harga yang berpatutan (: Sabrina pun membeli kasut raya sabrina yang berwarna putih di Bata . Selain daripada itu , sabrina juga dapat membeli aksesori yang diinginkan (: setelah itu , sabrina dan Ibu pun pulang . Kami sampai di rumah dalam pukul 6 petang . Tanpa berlengah , Ibu bersiap sedia untuk menyiapkan juadah-juadah berbuka puasa . (: 

Khamis, 9 Ogos 2012

SELAMAT HARI JADI , SINGAPURA !:D

Hi semua !(: hari ini adalah 9 ogos , hari lahir singapura , negaraku <3 malangya , sabrina tidak dapat pergi menonton NDP secara langsung di marina :( Tsk tsk tsk . Tetapi tidak mengapa , kerana Sabrina telah seronok pergi berjalan-jalan di luar bersama dengan keluarga ! Kami telah pergi ke Geylang , untuk membeli baju kurung . Warna baju kurung sabrina untuk tahun ini adalah merah jambu dan oren ! Selain daripada itu , Sabrina pun telah membeli banyak makanan untuk buka (: Makanan-makanan yang diual di geylang amat sedap-sedap belaka . Setelah pergi ke Geylang , kami pergi ke GIANT , untuk membeli kuih hari raya kerana mereka sedang mengadakan promosi ! Sabrina tidak sabar , kerana hari raya akan datang tidak lama lagi , dalam masa seminggu (:  Cepatnya masa berlalu . Setelah membeli-belah , kami pun pulang ke rumah . Di rumah , sabrina dan keluarga menonton NDP secara langsung di rumah . Wah , amat seronoknya sambutan hari kebangsaan kita ! Sabrina amat bangga menjadi warga Singapura , terutama sekali apabila melihat penduduk-penduduk singapura menyanyikan lagu kebangsaan kita bersama-sama dengan penuh bangga (: Dahlah , sudah lewat . Sabrina mahu tidur . Selamat malam !(: